Want your
own Fotopage?








 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jul-2007 14:19 Email | Share | Bookmark
PETUA SURI RUMAHTANGGA

TIPS PETUA
Menghilangkan pahit peria

Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya Allah, mesti berkesan.

Mencuci Sayuran yang kotor
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.
Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.


Mengekalkan warna sayur hijau
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

Menghilangkan bau di dalam peti sejuk
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba

Tangan Pijar kerana cili
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.

Menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging
Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya Allah. Selamat mencuba.

Mempercepatkan air mendidih
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.

Daging mudah empuk
Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda....

Menghilangkan rasa masin dalam gulai
Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

Membersih kerang
Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.

Menghilangkan bau hamis di kuali
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.

Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam - 1 pain air).

Kulit telur lekang dengan mudah
Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk hiasan dalam masakan dimajlis tertentu cubalah amalkan petua dibawah ini.
Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan.

Cara memasak air dengan cepat
Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.

Ikan haruan tak hanyir
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

Menghapuskan bena pada daun sayuran
Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia disiang.

Mengurangkan masin ikan kering
Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.

Elakkan semut dari gula
Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4 biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan keharuman kepada gula itu.

Meratakan garam untuk kerepek
Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.

Membuat roti canai lembut
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.

Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

Menghilangkan kesan susu dalam botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya didalam air panas, ini ada satu cara yang baik.
Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang . Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. InsyaAllah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.

Merangupkan acar mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Getah tidak melekat
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam.(air garam). Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.

Elak Jag Kaca Pecah
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!

Supaya buah epal tidak berubah warna
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeninghkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.

Menghilang bau hangit nasi
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

Supaya ayam cepat empuk
Bagi anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut istilah orang-orang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan ayam kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam keras, liat dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun dibawah ini diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda jadikan panduan untuk melembutkan daging ayam kampung tadi.
Caranya ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan dibuang serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak mengikut resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena getah betik atau papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak. Selamat mencuba.

Peti Sejuk Tidak Berbau
1. Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau.
2. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Mengatasi masalah stokin longgar
Menghadapi masalah anak-anak yang bersekolah memang merunsingkan terutama tentang pakaian mereka. Kerana kebanyakan anak-anak yang bersekolah khusus yang masih kecik-kecil lagi tidak begitu pandai menguruskan diri sendiri tanpa perhatian dari ibu sendiri.
Kerana itu menghadapi masalah stoking longgar memang menjadi masalah utama yang terpaksa anda hadapi. Disini ada satu cara yang dirasakan sesuai untuk anda ikuti iaitu dengan mengikut panduan yang kami berikan.
Caranya mudah iaitu terpulang kepada gaya anda memakainya. Semudah cara ialah dengan melipatkan stoking yang longgar tadi hingga ke bahagian atas buku lali. Lipat-kecil-kecil, cara begini bukan sahaja mudah tetapi juga kelihatan cantiknya.

Tauge segar
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

Empokan kacang hijau
Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang panjang. Bila saja kacang hijau di jerang, masukkan satu camca kecil minyak masak dan satu camca kecil garam.

Elakkan terung menjadi hitam apabila sudah dipotong
Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh.

Atasi nasi mentah
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.

Menghilangkan kotoran pada kulit kerang
Untuk menghilangkan kotoran pada kerang ambil beberapa batang serai kemudian ditumbuk jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan lepas itu kulit kerang akan kelihatan cantik dan bersih. Selamat mencuba.

Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria
Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.

Khasiat asam jawa
Adakah anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana kerja-kerja dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga disamping masak-memasak. Jika anda ingin menghilangkan warna kehitam-hitaman itu cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan merasa kecewa. Caranya ialah ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika memasak terutama ketika habis menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau hanyirnya anda ramas-ramaskanlah hampas asam jawa tadi dengan tangan, terutama pada bahagian yang kotor. Jika anda lakukan begini selalu pasti masalah anda yang kuku hitam dan memalukan itu akan segera hilang. Asam jawa ini juga baik untuk digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki yang sering pecah-pecah dan berwarna kehitam-hitaman. Caranya ialah dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah itu sapukan sedikit dengan asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk beberapa minit dan kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur, pasti masalah kaki hitam dan berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.

Mengurangkan kemasinan ikan masin
Jika kita ingin menggoreng ikan masin yang terlebih garam supaya tidak terlalu masin, terlebih dahulu rendam ikan masin tersebut ke dalam bekas yang berisi air garam juga. Garam yang kita rendam itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut. Jikalau tidak percaya cubalah petua ini. Selamat mencuba.

Menghilangkan bau busuk puting
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan menggunakan botol dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah puting botol yang berbau. Walaupun anda telah cuba menghilangkan baunya yang masam dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi, tetapi anda masih tidak berjaya. Ada satu cara yang ringkas dan mudah dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini.
Apa yang anda harus lakukan ialah dengan merendamkan puting botol tadi dalam air panas kemudian bubuhlah garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit hingga kekotorannya hilang, hasilnya pasti puting botol tadi bersih dan berbau harus.

Menghilangkan bau hanyir ikan atau daging
Ambil sedikit tepung jagung. Sapukan ke serata badan ikan atau daging. Biarkan beberapa minit, basuh dan dimasak. Insya Allah, bau hanyir itu akan hilang. Selamat mencuba.

Menyimpan tauhu supaya tahan lama
Tauhu tidak boleh disimpan terlalu lama walaupun disimpan baik-baik dalam peti sejuk, kerana ia boleh bertukar menjadi masam. Tetapi ada satu cara untuk mengatasinya.
Mula-mula anda ambillah tauhu tadi dan bersihkan, sudah itu tiriskan biar kering. Masukkan dalam satu bekas dan rendamkan ia dengan air panas, tunggulah sampai air tadi menjadi sejuk kembali. Sesudah itu barulah keluarkan tauhu tadi dan direndam dalam air dan simpanlah. Anda tidak perlu bimbang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk, ianya boleh tahan lama dan tidak akan bertukar menjadi masam

Merangupkan timun acar
Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Salamat mencuba.

Melembutkan cucur
Jika anda inginkan rasa cucur yang lembut apabila dimasak, bancuhlah adunan tepung cucur dengan air suam. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun telah lama sejuk

Elak sayur keladi gatal apabila dimakan
Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.

Hilangkan bau dalam peti sejuk
Caranya mudah sahaja, ambil 2 hingga 3 potong kulit nanas dan masukkan kedalam peti sejuk. InsyaAllah bau yang kurang menyenangkan dari peti ais akan hilang dengan sendirinya. Selamat mencuba.

Melambatkan nasi menjadi basi
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.

Melancarkan laci almari yang tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat dan sukar dibuka dan ditutup, ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi bawah laci anda. Jika laci anda menggunakan rel dibahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian tersebut. Selepas itu pasang kembali laci anda dan lihatlah hasilnya. Laci lebih mudah dibuka dan tidak akan tersekat lagi.

Menghilangkan arang di periuk
Setengah-setengan suri rumah ingin memasak masakan cara kampung dengan menggunakan dapur arang atau dapur kayu. Namun Masalah yang timbul adalah untuk mencuci kembali periuk yang digunakan agar seperti sediakala sukar diatasi. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum periuk itu digunakan, periuk tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun serbuk dicampur tepung gandum dan sedikit air. Insya Allah masalah kesukaran menanggalkan arang diperiuk tadi akan mudah diatasi.

Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh.

Supaya Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya...

Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.

Taugeh tahan lama
Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.

Ayam goreng lebih sedap
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....

Hilangkan rasa pijar pada tangan
Semasa memasak mengunakan cili (cili padi atau cili kering) tangan kita akan terasa pedas/pijar. Untuk menghilangkannya, selepas memegang cili, gosok sekeliling jari jemari dengan garam selama 1-2 minit. Selepas itu basuh dengan air.

Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Mengelakkan makanan melekat di kuali
Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, ianyas selalu melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku, goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali. Selamat mencuba

Untuk merangupkan cucur udang
Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit. Selamat memcuba ya.

Membuat sambal yang sedap
Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Mengempukkan daging
Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

Merangupkan ayam goreng
Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba

Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Mengelak daripada nasi mentah
Sekiranya nasi yang anda masak mentah, anda jangan padamkan api. Buka tudung periuk dan tudung dengan plastik, kemudian baru tudung semula dengan tudung periuk. Tunggu selama 5 minit, insya Allah nasi anda akan masak.

Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi
Untuk mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.

Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang
Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang untuk dijadikan bubur, masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Jika nasi hangit
Tugas memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara tidak sedar nasi yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera kita berkurangan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi tersebut tidak berasa hangit lagi.

Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan bau peti sejuk
Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.

Cara hilangkan getah di pisau
Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut. Selamat mencuba.

Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

Kekalkan kesegaran tomato tanpa menyimpan dalam peti ais
Buah tomato yang baru dibeli, jika tidak digunakan jangan dibasuh tetapi simpankan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut hendaklah tidak ditutup dan pastikan tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari. Ini untuk menjamin supaya tomato tersebut tidak mudah layu ataupun kecut.

Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang
Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak.

Melembutkan donat
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya puan-puan bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.

Membuat krim coklat yang berkilat
Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer, apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak, letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum disapukan di atas kek kita.

Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.

Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.

Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan beberapa tangkai bunga cengkih dalam balang gula anda dan tutup rapat.

Memekatkan kuah
Kadang-kadang masakan kita cair. Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut.

Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Hilangkan rasa hanyir ikan
Bagi penggemar ikan patin tentu anda mengalami masalah untuk hilangkan bau hanyir ikan tersebut. Untuk mengatasinya, bersihkan ikan tersebut dengan menggunakan air cucian beras beberapa kali dan selepas itu barulah dibersihkan menggunakan air biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk ikan-ikan yg berbau hanyir. Selamat mencuba.

Hilangkan kesan hitam pada periuk
Apabila kita telah merebus telur mungkin terdapat kesan hitam selepas siap merebusnya. Ini akan menyebabkan periuk kita tidak cantik. Untuk menghilangkannya, ambil asam keping sebanyak 2 atau 3 keping dan tambah sedikit air, kemudian masak di atas api sehingga mendidih dan kesan hitam itu hilang. Insyaallah periuk anda akan berkilat dan boleh digunakan semula.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

Menggoreng ikan
Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

Merasa garam dalam masakan
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya. Selamat mencuba

Cili masuk mata
Jika kita menumbuk sambal dan termasuk dalam mata kanan, jirus ibu jari kaki kiri. Dan kalau terkena mata kiri, jiruskan ibu jari kaki kanan.

Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

Menjernihkan minyak masak
Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah minyak itu akan menjadi jernih semula.

Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah daging/ayam tadi akan menjadi lembut.

Ayam Sentiasa Segar
Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk

Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh

Ayam goreng lebih sedap
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba.

Mengenak dan mewangikan ikan kukus
Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis selama satu jam. Racikkan halia dan disumbatkan pada penutup insang ikan sebelum di kukus.

Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

Nasi tidak berbau hangit
Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, cuba anda gunakan petua ini. Basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. InsyaAllah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

Kuali Melekat
Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

Daging kambing tidak berbau
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba

Mengelakkan pisang cepat busuk
Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba...

Merangupkan cucur
Tambah majerin dan air kapur bersama tepung beras. Insya Allah cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan

Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Sudu Berkarat
Ambil sedikit cuka/secubit garam dan air paip. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi berserta sudu dan rendam semalaman. Anda lihatlah hasilnya

Menghilangkan bau cili semasa memasak
Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.

Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
Melembutkan daging secara tradisi.

Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
Melembutkan daging secara moden.
Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.

Mencuci seterika kotor
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.

Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.

Ayam Sentiasa Segar
Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk.

Periuk bocor
Periuk bocor boleh ditampal dengan menggunakan asam jawa, ambil sedikit asam jawa kemudian tampal dibahagian yang bocor sebelum digunakan untuk memasak. Langkah ini hanya untuk menampak lubang kecil sahaja.

Mencantikkan sayur yang telah di celur
Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan.

Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.

Memelihara buah daripada lebam
Tentu anda semua perasan apabila buah yang sudah dipotong lambat dimakan, buah itu akan menjadi lebam. Cara mengatasinya mudah saja. Sapukan garam halus pada buah yang sudah dipotong ataupun bilas buah yang dipotong dengan air garam. Mudah sajakan.

Bahan proses, bagaimana menyimpannya?
MAKANAN proses adalah makanan di dalam tin atau makanan yang segera boleh dimakan. Sekiranya perlu dimasak, ia hanya menggunakan masa yang sedikit sahaja. Tentu di dapur anda banyak menyimpan bahan makanan proses ini. Tahukah anda apa cara yang betul untuk menyimpannya?
1. Bahan makanan yang mudah ini sama ada barangan tin atau berbungkus perlu disimpan di tempat sejuk, kering
dan gelap. Keadaan basah akan menyebabkan tin
berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpannya
ialah antara 9 hingga 10 darjah selsius.
2. Bilik perlu mempunyai tingkap yang ada skrin bagi
mengelakkan kemasukan serangga. Udara segar
sangat diperlukan. Cermin tingkap yang berwarna gelap juga perlu untuk mengurangkan cahaya matahari menembusi ke bilik itu.
3. Rak makanan sebaiknya diperbuat daripada jenis besi yang tidak boleh berkarat seperti keluli kalis karat atau plastik.
4. Rak tersebut perlu diletakkan 10 sm jauh dari dinding dan di bahagian bawah rak tersebut hendaklah 23 cm tingginya dari lantai supaya senang dibersihkan.
5. Apabila menggunakan tong untuk menyimpan bahan makanan, tong-tong ini perlu yang beroda supaya senang dialihkan semasa berkemas.
6. Makanan di dalam botol seperti jeruk, jem dan kaya perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkan makanan itu. Makanan ini juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya terdapat peraturan yang mengkehendakinya selepas botol itu dibuka.
7. Mentega dan marjerin perlu dibungkus ketat sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
8. Makanan campuran atau makanan siap sedia terutama sekali yang mempunyai campuran sos dan telur mayonis perlu disimpan di dalam peti sejuk dan hendaklah digunakan dengan seberapa cepat.
9. Makanan yang kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih, kering dan kedap udara.
10. Makanan sejukbeku perlu disimpan pada suhu 18 darjah celcius. Elakkan menyimpan balik makanan selepas dinyahbeku. Mungkin tidak merbahaya sekiranya makanan sejukbeku disimpan lama tetapi ini akan mengubah bentuk, warna, tekstur dan juga rasanya.

Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah daging/ayam tadi akan menjadi lembut.

Cara Mengawet Telur Mentah
Agar telur yang akan disimpan tahan lama, sebelum disimpan terlebih dahulu dicuci dengan air bersih. Selanjutnya, rendamlah telur tersebut ke dalam air kapur dan garam selama dua hari dua malam. Setelah itu angkat, lapkan dan disimpan di tempat dingin.

Tips Memilih & Mengolah Kerang
1. Kerang, adalah haiwan laut mempunyai kulit luar, memiliki kandungan protein yang tinggi di samping mineral seperti zat besi, seng, kalsium, yodium dan selenium.
2. Kerang boleh dimasak dengan atau tanpa kulit. Jenisnya bervariasi, di antaranya kerang bulu, kerang darah, kerang hijau, kerang kepah yang disebut juga kerang tahu atau kerang putih, kerang kampak (scallop) dan tiram.
3. Pilih kerang yang hidup dan segar. Tandanya, kulitnya tertutup atau menutup sendiri jika diketuk.
4. Kerang dijual segar atau ketika dibuka isinya nampak segar.
5. Rendam kerang dengan kulitnya dalam air bergaram dan simpan dalam bekas tertutup di tempat gelap agar kotoran luruh. Berus kulit kerang di bawah air mengalir hingga kotoran terbuang. Pegang kerang dengan tangan lalu keluarkan daging dengan menyelipkan pisau kecil di antara kulitnya.
6. Kerang lazat dikukus atau direbus. Untuk mendapatkan rasa kerang rebus yang benar-benar sedap,rebus kerang dalam air mendidih yang sudah dibubuh garam, serai, daun salam dan lengkuas di atas api sedang hingga masak.
7. Untuk mendapatkan rasa kerang kukus yang lazat, rendam kerang segar dalam air yang sudah dibubuh garam, bawang putih selama 15 minit dan kukus selama 20 minit hingga masak.
8. Sambal untuk dimakan bersama kerang rebus atau kerang kukus ialah sambal botol yang khusus untuk makanan seafood (laut). Tapi untuk rasa yang lebih istimewa, cuba adunkan 2 sudu makan nenas parut, 2 sudu makan sambal botol perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega kacang botol dan 2 sudu teh air jeruk limau.

Panduan memilih daging
Belilah daging di kedai-kedai rasmi yang telah memiliki surat tanda niaga. Sebelum diolah, daging direbus terlebih dahulu dalam air mendidih dengan suhu 100 darjah selsius, minimum 1 jam. Daging harus dipotong kecil-kecil supaya tingka kematangannya merata, dan panas dapat sampai ke bahagian dalam. Semakin besar potongannya, semakin lama waktu yang diperlukan untuk merebus.
Lebih baik daging digoreng dalam hirisan nipis, dimasak menjadi gulai atau rendang kerana waktu pemanasannya lama dan suhu didih minyak dapat mencapai sekitar 160 darjah selsius. Hindari pengolahan dengan menggunakan pemanasan dalam waktu singkat (misalnya dibuat sate), apalagi pengolahan daging setengah masak seperti steak ala barat (untuk pengolahan seperti ini kita harus yakin bahawa daging benar-benar bebas penyakit).

Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.

Tip Memilih & Memelihara Oven
JIKA ingin membeli oven, pilih yang sesuai dengan keperluan anda sehari-hari. Berikut, tip memilih dan menjaga oven yang baik.
Tentukan kapasiti oven yang sesuai dengan keperluan. Apakah keluarga anda sering kali harus memanggang masakan dalam jumlah besar atau sebaliknya?
Pilih oven yang mudah dibersihkan dan mempunyai jendela pada bahagian depan oven sehingga anda dapat melihat makanan yang sedang dipanggang.
Auto-timer penting bagi anda yang jarang berada di dapur sehingga anda dapat memanggang tanpa khuatir panggangan anda akan hangus. Selain itu, lebih baik menggunakan pengatur waktu saat memanggang daripada membuka dan menutup pintu oven sehingga suhu dalam oven tidak turun.
Sebelum digunakan, panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit hingga mencapai suhu yang sesuai. Usahakan selalu memeriksa suhu oven, caranya letakkan pengukur suhu pada bahagian tengah oven dan panaskan oven hingga suhu 180 darjah selsius. Jika tidak sama bererti oven anda 'bocor' dan perlu diservis.

Pekatkan Kuah
KADANG kala makanan berkuah yang kita masak agak cair dan tidak pekat seperti yang kita inginkan. Jadi, untuk memastikan makanan berkenaan menjadi likat tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah bancuh dua sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan.

Elakkan tauhu daripada melekat
Tahukah anda cara mengatasi masalah tauhu yang melekat pada kuali ketika menggoreng? Caranya ialah taburkan sedikit garam halus di permukaan atas dan bawah tauhu sebelum menggoreng. Hasilnya tauhu itu tidak akan melekat dan hancur ketika digoreng.

Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.
04:00 Posted in TIPS PETUA DI DAPUR | Permalink | Email this
30/03/2006
PETUA DIDAPUR
PETUA D! DA PUR
NASi LEMAK LAZAT
Cuci beras seperti biasa dan sukat air kurang sedikit daripada biasa. jika 3 cawan beras
na guna 2 cawan air biasa. Masak dengan api sederhana. Sementara itu sedi-
antan pekat sebanyak i 1/2 cawan. Apabila nasi tadi hampir 3 suku masak, tuang-
antan bercampur sedikit garam. Kemudian ambil beberapa hiris halia dan dua ulas
ang merah (dihiris). Masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih, kacau dan biar-
kan hingga masak. Insya-Allah tentunya nasi akan lebih sedap malah lembut dan wangi.
Kiriman :
Puan Masitah Bte Ahinad,


TAUHU TAHAN LAMA
CUBA petua ini bagi mencegah agar tauhu yang kita beli tidak mudah basi, tahan la-
ma dan tidak berbau masam. Cuci tauhu dengan air bersih terlebih dahulu. Toskan
tauhu hingga kering lalu tuangkan air panas. Biarkan hingga sejuk. InsyaAllah
tauhu akan tahan lebih lama dan tidak masam.
Kiriman:
Zamiah Bte. Jusoh,

MENGHINDARI BERAS DARI-
PADA KUMBANG BERAS
UNTUK menghindarkan beras yang disimpan menjadi buruk dan dimakan kumbang, anda boleh cuba petua ini. Masukkan|tujuh atau lapan tangkai cili kering:1 ke dalam bekas tempat anda menyimpan
beras. Cili kering hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Insya-Allah beras yang
disimpan akan senantiasa bersih daripada dimakan kumbang beras.
Kiriman:
Masliyah Bte. Sentosa,


Adakah anda membuang begitu sahaja
apabila nasi yang anda masak berbau hangit? Anda boleh mencuba petua
ini untuk mengelakkan pembaziran. Masukkan atau letakkan sekeping ro-
ti di atas nasi tersebut. Tutup periuk rapat-rapat. Kemudian letakkan bun-
tut (bahagian bawah) periuk di dalam bekas berisi air. Biarkan sebentar. Se-
lepas itu, anda bolehlah cuba nasi ta-di, insya-Allah nasi anda tidak lagi
berbau hangit dan periuk pula senanguntuk dibersihkan.
Kiriman:
Nik Norwati binti Nik Mat,
.

BAU
TENTU anda yang tidak tahan bau hanyir
ayam akan berasa mual apabila tiba masa memasak terutamanya mereka yang
sedang mengandung. Cuba petua ini untuk hilangkan bau hanyir ayam. Cuci ayam
yang hendak dimasak dengan air bersih.Ambil daun kari ataupun serai dan sapu-
kan ke seluruh bahagian ayam tadi. Biarkan beberapa minit sebelum mula mema-
sak. Pasti bau hanyir ayam tadi akan hilang atau berkurangan. Selamat Mencuba!
Kiriman :
Puan Lydia Balang,

BUBUR KACANG CEPAT EMPUK

BAGI anda yang gemar makan bubur kacang hijau. Tentu sedap sekiranya buburyang dimakan manis dan empuk.
Apakata anda cuba petua bagaimana bubur ka-cang yang enak dan empuk. Basuh ka-
cang hijau dengan air sebersih-bersihnya.Goreng kacang tadi di dalam kuali tanpa
minyak dengan mengunakan api perlahan.Kacau berulangkali hingga kaca
tan kembang. Selepas itu, barulah andaboleh rebus kacang hijau tersebut menjadi
bubur kacang hijau. Cubalah hasilnya memuaskan selera anda.

Kiriman:
Puan Rosnah Tansin
16:20 Posted in TIPS PETUA DI DAPUR | Permalink | Email this
30/01/2006
Hilangkan Lemak dalam Sup
Hilangkan Lemak dalam Sup

BIASANYA bila anda membuat
sup lemaknya akan berkumpul di
bahagian atas. Lemak dalam ma-
sakan sup boleh dihilangkan de-
ngan cara menggunakan kertas tisu.
Letakkan perlahan-lahan kertas tisu
di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi me-
lekat pada kertas tisu. Lakukan be-
gini sehingga lemak tadi habis di-
buang.
Perlulah anda menukarkan ker-
tas tisu setiap kali anda membuang
lemak pada sup.


Elakkan Gula dari Semut

UNTUK mengelakkan gula dari
didatangi semut ada pelbagai cara.
Kita boleh meletakkan sepiring air
di bawah bekas gula tersebut atau
kita boleh juga mencuba cara ini,
iaitu memasukkan buah pala ke
dalam bekas gula tadi.
Ini akan menjauhkan semut dari
gula tersebut.


Kupas Bawang Dengan Mudah

Di waktu-waktu kenduri atau ke-
ramaian mengupas bawang yang
banyak boleh menjemukan. Untuk
memudahkan anda melakukan tu-
gas ini apa kata anda cuba cara ini.
Tuangkan sedikit air panas hing-
ga menutupi permukaan bawang.
tadi dan tutup.biarkan sebentar.
Apabila dibuka, kulit bawang akan
merekah dari isinya. Ini akan
memudahkan lagi kerja, bukan?.


Membersihkan kacamata

ADAKAH anda mengalami ma-
salah membersih kaca mata? Cuba
petua nenek kebayan ini. Bersihkan
semua bahagian untuk menghi-
langkan habuk dan peluh yang
melekat di celah bingkai kaca mata.
Setelah dibersih dengan sabun,
lapkan dengan kain flanel hingga
kering. Anda akan dapati kaca mata
anda bersih dan berbau wangi.


Membersihkan kaca dengan kapor Tulis

ANDA mungkin mempunyai ma-
salah membersih tingkap (kaca) dan
juga cermin muka di rumah anda.
langan cepat berputus asa, cuba
pula dengan membersihkan cermin
tingkap atau sebarang cermin
dengan menggunakan kapur tulis.
Apa yang perlu dilakukan ialah
ambil lima hingga enam batang
kapur tulis, rendamkandalam sedikit
air. Biarkan kapur tadi larut, kemu-
dian dengan menggunakan span
atau kain bersihkan cermin yang
anda inginkan.
Biarkan sehingga air kapur tadi
kering, kemudian dengan menggu-
nakan kain bersih dan kering lapkan
hingga kering. Anda akan dapti
cermin anda berkilat.


Membersihkan kain bulu

BAGAIMANA cara anda mem-
bersihkan kain bulu seperti tuala
mandi atau baju sejukanda. Apakah
yang anda dapati bila baju atau
kain yang anda bersihkan itu telah
kering. Jangan putus asa anda masih
boleh mendapat hasil yang baik
setelah membersihkannya. Cara-
nya dengan merendamkan kain
bulu dalam larutan cuka makan.
Campurkan satu sudu makan cu-
ka ke dalam setengah baldi air dan
rendam selama dua hingga tiga jam.
Kemudian bersihkan seperti biasa
dengan menggunakan sabun untuk
menghilangkan kesan cuka tadi.
Bilas dengan bersih setelah kering
anda dapati kain anda seperti baru.


Memotong roti sandwich

ADA ketikanya roti tidak cantik
bentuknya bila dipotong. Roti akan
menjadi pecah-pecah.
Bagi mengatasi masalah ini,
cubalah rendamkan pisau yang
hendakdigunakan untuk memotong
roti dalam air panas mendidih.
Biarkan sehingga lebih kurang 15
minit. Kemudian angkat dan lapkan
pisau tadi hingga kering.Potonglah
roti tadi seperti biasa.


Cara mudah buang akar tauge

MEMB UANG akar tauge menjadi
kemestian bagi sebilangan suri
rumah sebelum memasaknya. Oleh
itu, cara mudah membuangnya jika
anda mempunyai terlalu banyak
tauge ialah dengan menabur sedikit
tepung kanji dan taburkan di atas
tauge tersebut.
Kemudian, ramas-ramaskan
sedikit dengan pelahan. Nescaya
akar tauge tersebut akan terpisah
dan boleh diasingkan.



Hilangkan bau hanyir ayam

walaupun ayam
tersebut baru sahaja kita beli tapi
bau hanyir pada ayam tersebut tidak
dapat dihilangkan.
Bau tersebut akan kekal walau-
pun setelah memasaknya. Ini
amatlah tidak menyenangkan. Satu
cara yang boleh anda cuba ialah
dengan menabur sedikit tepung
gandum ke atas ayam tersebut dan
biarkan seketika. Setelah itu cuci dan
bersihkan ayam tersebut dan
masaklah seperti sediakala.


Untuk mengetahui madu asli

DALAM dunia serba lengkap
dengan teknologibaru ini, memang
bukan mudah untuk membezakan
antara yang asli dan tiruan.
Di sini nenek kebayan syorkan
untuk membezakan madu asti. Apa-
bila madu asli ini dititikkan pada
kertas suratkhabar, ianya tidak akan
merebak atau merekah dan bila
dikacau iatidakmengeluarkanbuih.
Satu lagi, ialah madu asli akan
terbakar bila dinyalakan.

Untuk menjernihkan minyak yang telah digunakan.

ADAKALA minyak yang baru
dipakai sekali sudah hitam dan kotor.
Cara mengatasi ini adalah mudah
sekali dan boleh menjimatkan anda
dari membuang terus minyak tadi.
Anda perlu masukkan kentang
yang dihiris nipis ke dalam minyak
tadi dan biarkan sebentar. Apabila
sudah agak jernih angkat kentang
tadi dan minyak ini bolehlah
gunakan lagi



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net