Want your
own Fotopage?







 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 03:56 Email | Share | Bookmark
PELBAGAI RESEPI CELUP TEPUNG

IKAN CELUP TEPUNG

Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]

ikan ..[bersihkan saperti biasa]
[selayang..kembung..selar]

minyak yg banyak

SOS CILI
10 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
2 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b gula
garam
[ semua bahan mesin dan masakkkan sehinggga pekat]
jika suka boleh sediakan bijan goreng tanpa minyak.

Cara
1. Panasakan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
5. Hidangkan dengan sos cili.

UDANG CELUP TEPUNG
Bahan2 (sukatan takde becos MaDiHa main agak2 jer)
Udang – bersihkan buang kulitnya (terpulang samada nak kopek kulit semua atau kopek separuh – MaDiHa kopek semua sebab senang anak2 nak makan)
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagong
Tepung gandum
Air sikit
Minyak masak

Cara2
Gaulkan udang dengan garam & serbuk kunyit. Masukkan tepung jagung & tepung gandum dan gaul rata. Jika nampak kering dan tepong tak melekat pada udang, renjiskan air hanya untuk melembab dan melekatkan tepong pada udang saja. Gaul lagi rata2 hingga tepong menyaluti udang. Panaskan minyak.. masukkan udang sekor2 supaya ia tak melekat antara satu sama lain. Biar seketika.. balik2kan udang dan biar hingga kekuningan. Angkat dan toskan sebelum dihidang.

Sotong Celup Tepung

Sotong - dihiris bulat-bulat, dibasuh dan ditoskan

1 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam
Air secukupnya (pastikan bancuhan pekat)

Celupkan sotong dan goreng hingga garing.



Sotong Celup Tepung
Bahan-bahan:
5 ekor sotong yang besar [dibersihkan, dan dipotong-potong serta toskan airnya. Jika boleh, keringkan ia seketika dengan menggunakan kertas tisu tebal atau kain bersih, atau boleh juga dijemur seketika]

Bahan-bahan tepung:
2 cawan tepung beras
sedikit kapur makan [kapur sirih]
sedikit garam
sedikit baking powder [jika suka]
sebiji telur [jika suka]
Minyak untuk memasak [perlu banyak untuk menenggelamkan sotong tersebut, seperti membuat goreng pisang] .

Cara-caranya:
1. Tepung beras dicampurkan dengan garam, kapur sirih, baking powder, telur dan uli dengan sedikit air sehingga menjadi doh [seperti hendak membuat biskut].
2. Tutupkan doh di dalam bekas uli tadi sebentar dengan kain atau tuala kecil yang lembab. Biarkan selama setengah jam.
3. Selepas itu, uli doh tersebut seperti membuat roti dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi lebih cair dan sesuai untuk dicelup dengan sotong [juga sesuai untuk dibuat goreng pisang]
4. Pastikan minyak masak betul-betul panas.
5. Celupkan sotong yang sudah 'kering' itu dan masukkan ke dalam minyak panas.
6. Gorenglah seperti biasa. Bila tepung kelihatan sudah kekuningan, barulah diangkat.
7. Hidanglah bersama sos cili.
Sumber : Variasi Masakan Utara oleh Norzailina Nordin
Gambar : Jeni
Bahan-bahan
600 gm sotong
500 ml air (Jeni agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (Jeni guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar (Jeni guna 1 je takut pedas hehe)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa
Jeni tambah satu sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit.

Cara Membuatnya
1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

BATTER (untuk menyalut ikan)
500 g fillet ikan
300 g tepung gandum
3 camb tepung jagung
2 biji putih telur
250 ml air (tambah 2-3 camb jika perlu)
serbuk lada sulah/ground black pepper
garam secukupnya
minyak utk deep-frying
Lap ikan kering-kering kemudian lumur dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Pukul putih telur hingga kental (meringue). Ayak tepung gandum, tepung jagung dan garam ke dalam mangkuk. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul sebati hingga adunan tidak bergentel. Mudah jika adunkan di dalam blender atau food processor. Kaupbalikkan meringue perlahan-lahan ke dalam adunan tadi. Celup ikan dalam batter dan goreng dalam minyak panas hingga keperangan.
Nota: Utk memastikan ikan bersalut elok, ayak dulu sedikit tepung ke atasnya sebelum dicelup ke dalam batter.
b]Bahan A :[/b]
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B :
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C :
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter

1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa :
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
1.Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
2.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
3.Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
4.Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
5.Gaul rata bahan C. Ketepikan.
6.Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
7.Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
8.Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

Updated Info dari sorang ahli : "After suryeving a few restaurant in Seberang Jaya and Kulim there are a few Chinese restaurants yang mencampurkan telur goreng yang halus tu dengan nestum, masa goreng last sekali. Butter kena lebih sikit sebab nestume serap butter.

Kinda weird but Nestume when combined with butter taste very differently. Rasa sekali memang bukan macam Nestume. Furthermore, telur goreng halus akan nampak banyak."







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net