Want your
own Fotopage?








 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Aug-2007 06:10 Email | Share | Bookmark
BUBUR LAMBUK PAHANG


By nuralisha at 2007-08-29

Bubur Lambuk
Sejenis bubur nasi yang lebih kerab disediakan dalam bulan Ramadhan dikalangan masyarakat Pantai Timur, dibuat dari beras yang ditanak kembang, bersantan kelapa dan dicampurkan dengan rencah dan dedaun pucuk.

Bubur lambuk ada berbagai rasa perisa, berbeza-beza mengikut daerah- daerah atau kelompok masyarakat setempat. Ada yang canggih dan ada pula yang sempoi. Ada yang tidak bersantan, ada yang hanya dicampur dengan bijian seperti kacang dan jagung, dan ada yang ditambah dengan rempah ratus terutamanya kayu manis, bunga lawang, cengkeh dan berbagai lagi.

Kuantan & Pekan, Pahang bubur lambuk biasanya lemak bersantan dicampur berbagai pucuk dan rencahan ikan, udang sotong dan daging. Bubur lambuk sebegini yang paling menyelerakan, Sungguhhh...........anda boleh cuba sendiri.

Untuk menyediakan satu periuk (3 liter) bubur lambuk (hidangan 6-7 orang), tanak 250 gram beras dengan 2.5 liter air sehingga kembang. Setelah kembang (tidak kurang dari 45 minit dijerang) api dikecilkan dan biar mendidih perlahan-lahan.

Masukkan 300 gram isi ikan kembung/tenggiri yang telah di rebus (sebaik- baiknya dibakar/panggang) dan 30 gram udang kering. Nak sedap lagi tambahlah dengan udang basah (isi sahaja) sotong (potong kecil) ayam/daging (potong halus). Nak sedap lagi bubuh sikit isi ketam. Berhati-hati dengan tulang dan kulit udang/ketam. Semua bahan-bahan ini perlu agak sendirilah yek....!

Kemudian, masukkan tiga bahan yang telah di tumbuk lumat (empat ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan setengah jari halia ) dan dua batang serai titik. Masukkan sedikit serbuk lada hitam (bukan lada putih...) untuk menambah bau. Jangan lupa wok....masukkan 2 keping asam keping.

Masukkan perahan santan (satu liter dari sebiji kelapa) dan didihkan lagi dan tambahlah garam secukupnya. Air boleh di tambah kalau bubur pekat sangat mengikut selera ahli keluarga.

Akhir sekali masukkan daun-daun yang sudah siap disiang/basuh. Daun-daun yang mudah diperolehi ialah seperti pucuk paku merah, daun kemangi, daun selasih, daun pucuk kunyit, pucuk leletup, daun sekentut, pucuk kaduk, daun kesum, pucuk labu, pucuk keledek dan taruklah pucuk-pucuk yang ada keliling rumah tu. Biasanya semasa berpuasa semua pucuk nampak sedap. Anda perlu mengganggar sendiri sebanyak mana daun-daun yang hendak dimasukkan. Jangan banyak sangat wok...........nanti jadi sayur lambak pula, sekadar cantik dan nampak berselera.

Jangan biarkan sayuran terlalu lama dididihkan, agak-agak layu dan masih hijau berkilau bubur lambuk anda sudah boleh dihidangkan

PILIH YANG MANA SATU RESEPI DISUKAI


Bubur Lambuk Pelindung Pantai


Bahan bubur Lambuk


1 <!--[endif]-->Beras 3 put kecil

2. Bawang kecil 10 ulas potong or blend

3. Bawang Putih 10 ulas potong or blend

4. Halia 2 inci ketuk

5. Lengkuas 2 inci ketuk

6. Isi Ikan kerisi/kembong/selayang bakar 3 ekor , lagi banyak lagi sedap

atau ikan bilis 1 cawan tumbuk/blend

7. Isi Ayam cincang 200 gm

8. Isi ikan kering (ikan talang) 100-200 gm baker dan blend

9. Udang kering 100 gm blend/tumbuk

10. Pucuk paku merah 2 ikat siat/potong kasar

11. Daun kunyit 2 helai besar siat/potong kasar

12. Daun Kadok 6 helai siat/potong kasar

13. Daun kesom 30 sen siat/potong kasar

14. Daun keledek/pucuk manis/selasih 30 sen siat/potong kasar

15. Santan pekat 1/2 kg kelapa

16. Asam keping 6 keping

17. Serai 2 batang

18 Serbuk Lada hitam kasar 2 ½ sudu – 3 sudu mengikut selera kepanasan

19 Garam +-

20 Gula pasir 3 sudu

21 All spice ½ camca


Kaedah

Tanak nasi dengan air berlebihan.

Bila nasi dah kembang, masukkan bawang-bawang, halia, lengkuas, serai, asam keeping, ayam cincang. Biar 5 minit, kemudian masukkan pucuk paku, daun kesom, daun kunyit, daun kadok, daun keledek. After 10 min, masukkan sisi ikankering, isi ikan baker, serbuk lada hitam, santan, gula pasir, garam dan apa jua yang ada. Dah agak likat dan daun dah layu, masukkan santan pekat. Tambah garam jika perlu dan tutup api selepas 10 minit. Jangka masa masak 1 ½ - 2 jam api kecil.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net