Want your
own Fotopage?






 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Sep-2007 02:59 Email | Share | Bookmark
TIPS UNTUK MENYEDIAKAN MASAKAN HARIAN

menu
TIPS UNTUK MENYEDIAKAN MASAKAN HARIAN

Sumber Dari resipidiana.blogspot.com
1. Selalu fikirkan masakan apa yang hendak dihidangkan untuk keluarga untuk esok hari. Plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Kalau boleh sesuaikan masakan dengan lauk-lauk sampingan lain yang ingin disediakan. Sebagai contoh, Sup Sayur, Daging Goreng Sambal/ Kicap, Ikan Goreng, Sambal Belacan ataupun Sambal Tumis Sardin, Kentang Goreng Sempoi, Telur Dadar/ Telur Mata Lembu dll.

2. D selalu akan kisar bahan-bahan seperti bawang putih, bawang besar, cili kering dan simpan dalam Tupperware dan disejukkan dalam peti sejuk. Ini selalu D lakukan untuk masak dalam seminggu. Insyallah buat masa ini tidak pernah bahan-bahan yang telah dikisar rosak sewaktu ia disimpan dan tidak perlu untuk kita letak bahan pengawet. Jika anda tidak suka menyimpan bahan yang telah dikisar, boleh anda kupas kulit bawang putih dan bawang merah dan cuci bersih keringkan sedikit dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Bila anda pulang dari bekerja boleh anda terus kisar bahan-bahan tersebut untuk digunakan.

3. D juga amalkan jika ada masa terluang sewaktu menonton tv akan gunting cili kering dan buang bijinya dan kemudian D akan simpan dalam plastik yang kering. Bila D ingin gunakan D akan ambil secukupnya dan rendam dengan air panas. D jarang menggunakan cili boh yang telah siap dikedai kerana tidak suka dengan rasanya dan bila ditumis tak sedap pada selera D.

4. Ketumbar biji, jintan semuanya D sediakan. Sesudah disangrai (goreng tanpa minyak) D akan kisar dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Ini memang dapat mengekalkan aromanya. Kenapa D buat begini kerana D tidak suka beli serbuk ketumbar atau jintan dari pasaraya. Rasanya memang lain macam ada bahan campuran yang lain, tak percaya cuba buat. Ini semua Mummy D yang ajar.

5. Even kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih D simpan dalam Tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Selain itu rempah kari ikan dan daging pun D simpan dalam Tupperware masuk dalam peti sejuk. Even buah keras, udang kering, ikan bilis pun semua letak dalam peti sejuk. Jadi peti sejuk D memang banyak mengandungi Tupperware yang mengandungi bahan-bahan ini.

6. Untuk memudahkan anda mengetahui bahan yang terkandung dalam Tupperware tersebut boleh anda label jadi mudah untuk anda mencarinya. Boleh anda semua minta Cik Abang belikan Tupperware untuk digunakan hehe.



7. Bahan basah pula, jika anda ke pasar gunakan gunting untuk siang ikan. Ia lebih mudah dan cepat dari gunakan pisau, gunakan gunting potong zap zap tepi sisik ikan, ekor ikan dan juga insang ikan. D suka gunakan gunting sebab lawa jadi ikan tu berbanding menggunakan pisau. Ini pun Mummy D ajar. Kemudian anda bersihkan ikan tersebut dan toskan kasi kering. Kemudian bahagikan ikan tersebut mengikut banyak mana yang akan anda gunakan. Boleh juga gunakan Tupperware untuk simpan ikan atau jika tidak gunakan plastik bersih.

8. Udang juga D akan gunting bersihkan rambu-rambunya dan terus simpan dalam Tupperware. Kalau nak masak nanti D cungkil udang yang dah keras tu dengan pisau tup terus dia terkeluar tak payah defrost atau rendam dalam air nanti hilang manisnya.

9. Ayam pun D akan potong 4 dan bersihkan simpan dalam plastik. Bila hendak gunakan baru D akan potong lebih kecil untuk masak.

10. Untuk sayur-sayuran D tidak galakkan anda membersihkannya terlebih dahulu. Ini kerana sayur perlu dibersihkan sewaktu hendak dimasak untuk mengekalkan sumber vitamin yang ada. Selalunya kalau kesuntukkan masa, D akan bersikan sawi, kalian malam sebelum D memasak dan D akan simpan dalam plastic yang bersih. Esok bila hendak masak baru D cuci dengan air.

11. Stok yang perlu ada dalam peti sejuk anda adalah nugget, hotdog, crabfish, french fries, tempura fish fillet, burger ramly. Ini dapat anda sediakan untuk finger foods. Keluarkan stok ini dan anda boleh goreng dan sediakan dengan cepat dan mudah. Untuk seimbangkan bahan yang telah digoreng, sediakan juga salad yang mudah seperti lettuce, hirisan karot, sayur campur dan gaulkan dengan sos thousand island. Selain ini boleh juga anda amalkan untuk rebus broccoli dan karot dan berikan keluarga anda makan finger foods ini bersama sos cili dan mayonnaise. Makanan yang sihat dan cepat disediakan.

12. Perkara yang sering D lakukan untuk goreng ikan/ ayam. Setelah D keluarkan ikan atau ayam, D akan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian perapkan. Ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kemudian simpan dalam peti sejuk (bukan freezer). Bila anda pulang dari kerja, keluarkan ikan/ ayam tersebut dan sudah tentu ia tidak keras tapi masih segar dan telah sebati rempah yang telah kita gaulkan. Kemudian bolehlah anda goreng ikan/ ayam tersebut. Ini banyak menjimatkan masa dari kita tunggu ikan/ ayam tersebut lembut kemudian nak gaul dengan rempah baru hendak menggoreng.

D harap tips yang telah D berikan dapat menolong anda untuk membantu jadual seharian anda


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net