Di atas permintaan 2 - 3 orang kawan kita yang nakkan resipi nasi ulam mak mami, ini mami sertakan resipi tu setelah puas menanya dengan mak miah sendiri...
Daun lemuni
(Bahagian atas daun berwarna hijau, bawahnya berwarna ungu. Biasa digunakan untuk memasak nasi lemuni untuk orang yang lepas bersalin.)
Daun sekentut
(baunya seakan-akan bau kentut. Tapi jangan bimbang kerana selepas dicampur dengan daun-daun lain, baunya akan hilang.)
Daun ulam raja
Daun putat
Daun selom
(biasa dimakan bersama laksa)
Daun gajus
Daun kunyit
Daun kari
Bunga kantan
4 batang serai
2cm Lengkuas
Daun cekur
Daun kesom
Daun limau nipis 3 helai
Dan segala jenis ulam yang boleh dimakan asalkan ianya tidak bergetah dan berlendir. Lebih banyak jenis ulam-ulamn ia menjadi lebih sedap.
(Daun-daun ini biasanya mudah diperolehi di kawasan belukar dan di pasar.)
Kelapa parut
Isi ikan talang masin
Udang kering
Sesudu lada hitam
Nasi putih yang telah disejukkan
Bawang besar 1-2 biji (jika nak lebih pun boleh)
1.Ulam-ulaman dan bunga kantan tadi dibasuh. Kemudian dilap atau dikeringkan airnya. Kemudian, daun- daun tadi disusun bertindih mengikut saiz dari terbesar (dibawah sekali) hingga yang terkecil. Setelah itu daun yang disusun itu digulung dengan kejap dan diikat dengan gelung getah dengan kemas supaya senang apabila hendak menghiris nanti. Kemudian bolehlah menghiris daun2 tersebut sehalus-halusnya (saiznya 10x lebih halus dari hirisan daun pandan bunga rampai). Pisau yang digunakan mesti tajam. Proses ini mungkin mengambil masa masa yang lama (4-5 jam).
2. Serai dan lengkuas dihiris dan ditumbuk hingga hancur
3. Isi ikan talang masin dibakar sehingga masak dan ditumbuk halus
4. Lada hitam digoreng tanpa minyak, kemudian ditumbuk
5. Isi kelapa digoreng kekuningan dan ditumbuk halus. Jangan sampai berminyak.
6. Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
7. Bawang besar dihiris biasa
Setelah semua sudah sedia, nasi putih sejuk tadi dimasukkan kedalam bekas besar. Kemudian campurlah kesemua bahan2 tadi. Gaullah kesemuanya sehingga mesra. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan sedikit garam jika kurang masin.
**Proses di atas mungkin mengambil masa 8-9 jam(dari proses mencari daun hingga ke proses mengadun. Ini termasuk waktu solat, berhenti makan dan minum.
Nasi ulam ini sedap dimakan begitu saja atau bersama asam pedas (ala utara) batang keladi. Elok dimakan kerana mengandungi banyak khasiat dan sesuai untuk orang yang berpantang selepas bersalin.
Cekur Pucuk Gajus Bunga Kantan Daun Kari Daun Kesum Daun Kunyit Lengkuas Daun Lemuni Daun Limau Purut Daun Putat Daun Sekentut Daun Selom Serai Ulam Raja
Quote:
salam kak ........mesti kak leen ni awet muda coz makan ulam banyak
Ana ---------- dok utara kat mana ....????? izan asal langkawi..terima kasih kerana sudi melawat FP izan....
ana dok kat utara...nasi ulam ni mmg femes bila bulan puasa ni...tapi nak wat tu...rasa cam tercapai tangan ku ni...selalu beli jer kat pasar ramadan tak pun tumpang makan kalau2 mak tok kita buat. . Thanks for info on daun2 ulam tu...baru kukenai daun sekentut begitu ghupa
Kak Leen Memang Berminat Makan Ulam-Ulam Ni..... Awet Muda Tau.....Hehehehehehe
Sapa Nak Awet Muda Jom Makan Ulam Ulaman.....
Tue 25-Sep-2007 02:21 Posted by:Kak Leen
Promosi Karnival MegaSale Durian Runtuh dari 12/8/09 - 5/9/09
Dapatkan promosi 30% & jimat sehingga RM1000
Anda juga boleh dapatkan produk terbaru dari kami dengan harga serendah RM 1.00
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!
Layarilah www.duriankahwin.com untuk keterangan lanjut.
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di admindkc@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM. YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.