Want your
own Fotopage?








 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 02:27 Email | Share | Bookmark
AIR KATIRA

 

peroperties :

- prevention of alopecia

- Hair-splithing

- Hair conditioning and softening.

Asal minum Air Khatira di Singapura, bermula di Masjid Kassim (Changi Road) dimana minum Air Khatira ini telah dipopularkan dan masih ramai yang mencarinya. Versi original dari Masjid Kassim sempat D rasa semalam waktu berbuka, D dapatkan dari bazaar di Jurong West ada banner yang menjual Air Khatira asli dari Masjid Kassim. InsyaAllah jika ada kesempatan D akan cuba pergi ke Masjid Kassim, wah kampung tempat permainan D sewaktu kecil dahulu. Terbayang segala kenangan manis sewaktu membesar di kawasan Geylang.

D juga ada nampak versi Air Khatira yang baru dimana minuman ini ditambah air ice cream soda, errrr D tak tahu ler apa rasanya tapi sudah pasti ia telah lari dari versi asli. Jadi sebaiknya kita cuba yang asli ya, jangan ubah suai letak ice cream soda nanti dah jadi Air Khatira versi Punch pulaakkkk..

Jadi jika anda ingin cuba untuk membuat Air Khatira sendiri, ini D berikan beberapa sukatan yang mungkin boleh anda ubah suai untuk menepati citarasa anda.


AIR KHATIRA

Bahan untuk Sirap
2 cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan-bahan lain
½ cawan khatira
½ cawan biji selasih
10 biji kembang semangkuk
1 tin susu cair
6 – 8 cawan air masak

Cara untuk Bahan Sirap
1. Campurkan gula, air dan daun pandan dan masak sehingg gula larut. Ketepikan. Boleh juga kita buat sirap gula ini terlebih dahulu.

Cara untuk membuat Air Khatira
1. Untuk Khatira – direndam semalaman dan dibuang segala kotoran dan dibilas beberapa kali dengan air bersih dan ditoskan. Ketepikan
2. Untuk Kembang Semangkuk – direndam semalaman, buang biji dan segala kotoran dan kulitnya. Ambil isinya dan bilas dengan air bersih beberapa kali dan ditoskan. Ketepikan
3. Untuk Biji Selasih – direndam didalam air panas sehingga ia kembang dan toskan.
4. Masukkan khatira, isi kembang semangkuk dan biji selasih kedalam jug. Tuangkan susu cair dan sirap gula yang telah disediakan. Masukkan air masak. Dikacau rata.
5. Akhir sekali masukkan beberapa ketulan air batu dan sedia untuk dihidang.

Nota D: Jika anda ingin buat Air Khatira berwarna hijau, titikkan sedikit pewarna hijau dan boleh anda campurkan isi buah avocado kedalamnya. Untuk Air Khatira Bandung, boleh and gunakan Sirap Rose dan susu cair sama seperti kita buat Air Bandung.

Anda boleh mendapatkan khatira di kedai orang India, ia juga dikenali dengan nama Karaya Gum. Kembang Semangkuk ada dijual di kedai sinseh.



Quote:


waalaikumsalam kak leen ------> tu lah kak leen teringin sangat nak rasa air katiran nie...kat kuantan nie jangan harap lah kat kuantan nie ada jual air nie... walau pun izan kawin ngan orang muar..tapi bila tanya asben dia pun tak tahu. pelikkan.


Ida ------> memang time bulan ramadhan je kan keluar air nie kalau dok kat kl nak gak pi cari kat zahra specialist bangi tu...dengar kawan kawan kata sedap... .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net