Want your
own Fotopage?






 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Oct-2007 00:09 Email | Share | Bookmark
Koleksi Maklang Azie

 
[b]Coklat Chips Rangup
Sumber : kakliza


Bahan-bahan
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati

Snow Almond
Sumber : Majalah SAJI


Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi (takder, mklang guna vanila je)
1/2 bj kuning telur

Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate (mklang guna susu tepung jer...susu baby pun boleh gak)
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Nota maklang : adunan skit...jadi nak banyak doublekan aje..,adunan lembik so mklang tambah tepung skit demi skit sehingga dapat utk diterap..

Irish Cookies
Sumber : Noorbaya


A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee (mklang tak letak sbb takder)

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan: putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice

P/S= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.

Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B.
Canai dan terap. Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake
Dan Choc Rice.
Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar

Nota maklang : mklang guna nestum...dan kalau nak nampak cantik better guna kuning telur utk sapuan tu...kalau putih telur tak berkilat biskut.

Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac
Sumber : Rozlinah


Bahan:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray – atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot. Roz guna susu Nespray utk budak besar, tak tau lah pulak apa rasanya kalau guna susu formula anak ek.

Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai between 3 & 4 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

Spanish Coklat Bar
Sumber : sue suria


Bahan
A
250g butter
1st vanilla
130g gula castor

B
50g serbuk badam
20g susu tepung/coffeemate
40g cornflakes – mesin halus

C
270g/280g tepung gandum
30g tepung jagung
20 g tepung beras

Bahan Topping
Cooking Choc./Choc. Rice Hijau

Cara
Sebatikan bahan A.
Masukkan B & C
Ambil adunan masukkan dlaam loyang dan ratakan.
Cucuk ngan garfu dan baker selama 30’ atau sehingga garing.
Sejukkan dulu baru tuang coklat dan tabor choc. rice

Nota maklang : kalau guna loyang 50 petak, boleh buat 1/2 adunan jer ...takmo terlalu tebal...

Strawberry Ice-Cream aka Fancy Ice-Cream
Sumber : zubaidah/diana


Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam

Topping
coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.

Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.

Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

Nota maklang : maklang campurkan strawberry emulco dan pink colour utk dapatkan rasa yg berbeza dan maklang buat 2 adunan...resepi kat atas tu skit sangat... http://izanman.fotopages.com[/b]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net