Want your
own Fotopage?






 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Oct-2007 06:02 Email | Share | Bookmark
Biskut Raya Ku

 
Dengan bantuan suami tersayang maka siaplah 6 jenis biskut raya ku untuk tahun 2007.

GAJUS COOKIES


COCONUT NIB COOKIES


POPPY SEEDS COOKIES


SNOW OATS COOKIES


SNOW HEART COOKIES ( tp sha wat bentuk 4 segi je )


JEJARI KEJU


Kuih Kapit dari Langkawi best nipis bangat sedap bila dimakan...kat kuantan nie ada orang jual kuih kapit nie tapi digulung..tak best langsung sebab dah le gulung pastu tebal lak kuih dia...



Kuih Karas dari Langkawi gak tapi kurang best sikit sebab urat kuih tu jarang jarang...kalau nak best yang urat dia halus dan rapat rapat




Snow Oats ( Asal Jejari Oats)

Bahan-bahan
250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats dikisar
2 tablespoon cocoa
2 cups flour

Bahan Salut
Susu tepung
Icing sugar

Cara Membuatnya
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan adun sampai rata.
2. Gelek adunan menjadi bentuk jari.
3. Bakar dengan suhu 175 C.
4. Setelah masak gaulkan dengan gula castor dan susu tepung.


Gajus Cookies
Sumber : Halimah Anang

Bahan-bahan
100 gm quaker oats (digoreng sangai ditumbuk halus)
100 gm gajus goring yang dikisar
80 gm cornfllour
180 gm butter
½ sudu tea garam
200 gm gula
1 biji telor
100 gm tepong
½ sdt vanilla esen
1 sudu tea baking powder
Gajus dibelah dua – gajus yang belum panggang untuk hiasan
Roll oats untuk hiasan

Cara-cara
Pukul butter, telur, gula, vanila, garam dan baking powder sampai pekat.
Masukkan quaker oats dan cornflour dan tepung dan digolek buat bentuk suka hati.
Sapu telur dan dibakar (sapu kuning telor dan taruh gajus di atasnya).


Snow Heart Cookies
Sumber : Rozlinah

Bahan:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray – atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot. Roz guna susu Nespray utk budak besar, tak tau lah pulak apa rasanya kalau guna susu formula anak ek.

Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai between 3 & 4 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.


BISKUT KELAPA POPPY SEEDS (asal biskut biskut badam tapi kita tambah poppy seeds ikut resepi my auntie)

Bahan
3 buku butter (salted)
600 gm gula kastor
3 kuning telur
3 s/k esen vanilla
6 cawan kelapa kering [ cap King]
1 cawan serbuk badam
3 ¾ cawan tepung ubi ]
3 ¾ cawan tepung gandum ] ayakkan bersama
1 cwn biji poppy

cokalt cair untuk hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn lorekkan coklat cair.




JEJARI KEJU

3 buku mentega (unsalted)
150 gm gula kastor
650 gm keju cheddar parut
1250 gm tepung gandum
5 biji telur- pukul sedikit

Hiasan - jejari badam secukupnya dan coklat rice
- kuning telur untuk menglis

Cara:
1. Krimkan gula dengan mentega hingga kembang dan gebu.
2. Tambahkan bahan-bahan lain dan uli hingga jadi doh lembut
3. Canai dan terap mengikut tebal yang disukai, sapu kuning
telur dan hias dengan jejari badam.
4. Bakar pada suhu 160'c sehingga masak dan sejukkan
sebelum simpan dalam bekas kedap udara.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net