Want your
own Fotopage?






 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Oct-2007 03:10 Email | Share | Bookmark
Bihun Sup UTARA - resepi FIFI

 
Ni lah rupanya bihup sup yang izan buat menu berbuka puasa petang kelmarin



Sup:
Tumis bawang merah+bawang putih+halia. Masukkan stock tulang dan daging. Tambah carrot. Dah empuk masukkan celery dan garam serta sup bunjut (atau bancuhan serbuk sup). Kalau nak rasa style Sup Siam - ketuk2 cabai melaka dan perah air limau nipis.

Sambal Merah (sambal nie wajib kena ada. if not, tak kick meh!):
Tumis bawang besaq dan cabai kering(kisar @ giling @ mesin). Dah garing tambah sos cili pedas dan sos cili manis. Tambah air sedikit dan gula+garam. Masak sampai sambal tu pekat.

Bihun:
Rendam semalaman. Peh tu celur.

Garnish dgn bawang goreng dan daun sup + coriander.


BIHUN SUP UTARA VERSI KAK LIZA

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH

Bahan
100 gm cili kering ]
100 gm bawang merah ] mesin halus
3 ulas bawang putih ]
1 labu bawang besar [mayang]
3 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.




Quote:


Zakiah ---beza bihun sup kedah dgn yg lain tu pasal ada sambal merah tu eh? selalu orang sambal kicap kan?
p/s : sambal kicap pun saya tak reti buat.. hehe


Kalau mihun sup utara mestilah kena ada sambal merah tu..... saya kalau sambal kicap makan ngan tempe goreng je atau soto

masriyah - memang sedap makan panas panas baru ada kick dia

Zainab - Beronok tu adalah sejenis hidupan laut ...kami biasa buat kerabu mentah je.. kalau masak kan beronok tu jadi cair


Sebelum raya sempatlah kemas kemas umah mana yang patut



















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net