Want your
own Fotopage?






 
http://izanmann.blogspot.com/

By: TEMPAHAN CUPCAKE DAN KEK DITERIMA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Oct-2007 00:52 Email | Share | Bookmark
Rempeyek & Tumpi Mat Gebu

Rempeyek
Tumpi
Resipi Asas Untuk Rempeyek/Tumpi:-

500 g tepung beras
1/2 cawan tepung sagu ubi
1 biji kelapa, diparut
Kapur sireh sebesar ulas jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
4 - 5 ulas bawang putih
1/2 cawan ketumbar biji
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 camca besar udang kering, rendam 5 minit dan toskan
1 camca besar ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan

Cara membuatnya:-


Kelapa parut diperah santan secukupnya (lebih kurang 1.5 liter). Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung ubi dan bahan kisar. Larutkan kapur dengan sedikit santan. Masukkan dalam tepung tadi.

Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan wisk hingga adunan sempurna kepekatannya. Kalau bonda mat, dia kata kalau kita celup senduk dan angkat, belakang senduk tu akan meninggalkan satu lapisan nipis adunan tepung, kira dah ok...
Perasakan dengan garam, jangan letak banyak2 dulu kerana udang kering dan ikan bilis tu dah masin. Adunan siap untuk ditebar tepi kuali atau menggunakan acuan macam piring tu.

Terpulang sama ada ingin menggunakan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dhal...Jika gunakan kacang hijau, cuci dan rendam terlebih dahulu untuk kurang lebih 6 jam, begitu juga kacang dhal perlu direndam (tapi tatau pulak berapa lama nak rendam, sebab tak pernah buat tumpi kacang dhal)...
PERHATIAN!!..Resipi ni mat cuma buat anggaran sahaja, sebab bonda mat dia guna kaedah "agak2 dan ikut rasa"...tatau mcm mana nak menggayakannya....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net