View complete fotopage
|
|
| Friday, 7-Mar-2008 02:29 |
Email | Share | Bookmark |
|
Tomyam dan Pesnya
|
|
PES TOMYAM
Bahan-bahan
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.
Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais
Ikan Bakar Halia
Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung besar
5 biji bawang putih ditumbuk
3 tangkai daun ketumbar
3 sudu makan kicap
2 inci halia ditumbuk lumat
1 sudu air limau nipis
1 sudu mentega
1 sudu minyak bijan
sedikit garam dan lada sulah
beberapa helai daun kunyit dan daun pisang
Peraturannya:
Bersihkan ikan dan lumurkan dengan bawang , halia, kicap, minyak bijan,lada sulah, garam dan limau sehingga semua bahan sebati.
Kemudian letakkan ikan diatas daun kunyit yang dilapik daun pisang dibawahnya.
Tabur daun ketumbar dan letak sedikit mentega.
Bungkus ikan dengan membalut daun pisang dan kunyit, kemudian bakar di atas api.
Sapu sedikit minyak di atas daun pisang semasa hendak membakar.
Bakar sehingga ikan masak secukupnya dan hidangkan.
Ikan masak mangga
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung
2 biji mangga muda dihiris halus dan panjang-panjang
4 biji cili api dihiris
3 biji cili merah dihiris nipis
4 biji bawang merah dihiris nipis
2 tangkai daun ketumbar
2 cawan santan1 sudu makan gula
1 sudu makan sos ikan
sedikit garam dan jus limau
Peraturanannya:
Campurkan santan, sos ikan dan gula.
Kemudian masak di atas api yang kecildan biar sehingga ia mendidih.
Padam api dapur,masukkan bawang merah,cili api, cili merah dan daun ketumbar.
Gaul hingga rata.
Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris halusdi atas ikan.
Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan
dan hidangkan.
Ikan Masam Manis
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar
gula ,garam dan serbuk perasa
minyak untuk menggoreng ikan
Peraturannya:
Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata.
Biar sehingga masak, padam api dapur.
Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya.
Hidangkan.
Ikan Panggang Lemak
Bahan-bahan:
8 keping Isi ikan kembung dikeluarkan dari tulang
1 cawan santan pekat
9 biji cili api (ditumbuk lumat)
1 inci Kunyit
2 batang serai dimesin lumat
3 helai daun kunyit dihiris halus
1 cekak kecil pucuk ubi dihiris halus
2 helai daun labu manis dihiris halus
Beberapa helai daun pisang untuk bungkus
Sedikit Gula dan garam
Peraturannya:
Daun pucuk ubi diramas dengan garam supaya hilang pahitnya.
Kemudian masak santan dengan cili apidan kunyit dengan api yang kecil.
Biar sehingga ia masak dan agak pekat kemudian padamkan api.
Letakkan daun kunyit, pucuk ubi dan daun labu ke dalam daun pisang bersama ikan dan santan.
Bungkus kemas dan rapat-rapat supaya santan tidak meleleh keluar.
Bakar di atas api yang sederhana dan biar sehingga masak.
Hidangkan.
Ikan Panggang Bangkok
Bahan-bahan:
500 Gram Isi ikan tenggiri / kurau / merah dicincang lumat
1 cawan santan pekat
2 batang serai dihiris halus dan ditumbuk
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun kunyit untuk membungkus ikan
1 sudu sos ikan1 sudu sos tiram
2 biji telur
3 helai daun pisang
1 biji limau nipis diambil airnya
sedikit gula , garam dan serbuk perasa
Peraturannya
Tumbik cili api , serai dan kunyit hingga lumat.
Kemudian gaulkan dengan ikan.
Kemudian campurkan ikan dengan santan, daun kunyit, sos ikan , sos tiram, air limau nipis, telur, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Gaul semua bahan hingga rata kemudian bungkus menggunakan daun pisang yang dilapik dengan daun kunyit.
Bungkus rapat-rapat dan kemas dan bakar hingga masak sepenuhnya.
Hidangkan.
Kerabu Ikan dengan Mangga
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung dibakar dan diambil isinya
2 bji mangga muda dihiris halus
3 biji bawang merah dihiris
2 sudu sos ikan
4 biji cili api ditumbuk lumat
5 biji cili merah ditumbuk lumat
1 sudu makan belacan ditumbuk
sedikit gula
Peraturannya:
Campurkan semua bahan yang disediakan dan gaul hingga rata dan boleh dihidang.
Kerabu Mangga
Bahan-bahan:
6 biji buah mangga muda dihiris halus
2 sudu makan belacan1 sudu makan udang kering ditumbuk
10 biji cili api
1 sudu makan sos ikan
sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
Peraturannya:
Rendam mangga yang telah dihiris dalam air garam.
Biarkan beberapa minit dan toskan.
Tumbuk cili dan belacan dan campurkan dengan semua bahan.
Gaul hingga rata, kemudian masukkan mangga dan gaul rata.
Hidangkan.
Kerabu Tomato
Bahan-bahan:
4 biji tomato dihiris
100 gram ikan bilis digoreng
1 biji bawang besar
1 sudu makan jus limau nipis
1 batang serai dihiris halus
5 biji cili api dihiris halus
1 sudu sos ikan
sedikit gula
Peraturannya:
Campurkan dan gaul hingga rata semua bahan dan boleh terus dihidang.
Lebih sedap jika terus dimakan selepas siap dibuat kerana jika dibiar lama,
ikan bilis tidak lagi garing atau lemau.
Kerabu Kacang Botol Bersama Udang
Bahan-bahan:
300 gram kacang botol direbus separuh masak
1/4 cawan santan pekat
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
300 gram isi udang direbus
12 biji cili api
1/4 cawan kerisik
2 biji bawang merah
sedikit belacan bakar
sedikit gula, garam dan ajinamoto
Peraturannya:
Tumbuk cili, bawang dan belacan bakar hingga lumat.
Kemudian campurkan udang dan kacang botol yang dihiris,
sos ikan dan bahan-bahan lain.
Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
Gaul hingga rata.
Taburkan hirisan bawang diatasnya dan hidangkan.
Kerabu Sotong
Bahan-bahan:
300 gram sotong direbus
1 batang serai dimayang halus
1 biji bawang besar dipotong panjang
1 biji limau nipis diambil airnya
6 biji cili api dihiris
50 gram kobis dipotong halus
sedikit gula, garam dan ajinamoto
6 biji cili api dihiris
Peraturannya:
Campurkan semua bahan dan gaul hingga rata. Hidangkan.
Telur Panggang Pattaya
Bahan-bahan:
5 biji kuning telur makan
4 biji telur ayam
50 gram udang hidup
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1/2 cawan kelapa parut
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api
1 sudu jus limau nipis
beberapa helai daun kunyit dan daun pisang sedikit gula, garam dan ajinamoto
Peraturannya:
Tumbuk cili, udang dan kunyit hingga lumat.
Kemudian tumbuk kelapa hingga halus.
Masukkan pula gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.
Kemudian masukkan semua telur dan kacau hingga rata.
Bungkus bahan-bahan yang telah dicampur menggunakan daun pisang
yang dilapik dengan daun kunyit di dalamnya.
Setelah bahan-bahan dimasukkan ke dalam daun pisang,
masukkan pula kuning telur masin di dalamnya
dan bungkuskan dengan rapat dan kemas supaya ia tidak keluar.
Bakar di atas api yang sederhana.
Sup Ekor
Bahan-bahan Sup:
1 kg ekor lembu
2 sudu makan air limau nipis
3 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk
1 inci halia1 inci lengkuas
2 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
4 biji bawang merah ditumbuk lumat
3 biji bawang putih ditumbuk lumat
gula , garam dan serbuk perasa.
Peraturannya:
Masak seperti biasa di dalam periuk tekanan atau slow cooker.
Setelah semua bahan telah dimasak,masukkan air limau nipis dan kacau hingga rata.
kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Biar sehingga masak, kemudian keluarkan daun sup dan bawang
daripada sup yang telah masak.
Bahan - bahan tambahan:
Bawang gorengDaun supDaun bawangDaun ketumbar
Peraturan:
Tabur semua bahan diatas sup yang telah dimasak supaya sup lebih sedap dan sempurna dan hidangkan.
Tom Yam Biasa
Bahan-bahan untuk kerabu:50 gram daging lembu50 gram sotong50 gram udang7 cawan rebusan ayam6 helai daun limau purut10 biji cili api2 batang serai diketuk / dipecahkan5 sudu makan sos ikan2 sudu makan sos tiram3 biji tomato1 biji bawang besar5 sudu makan air limau nipis2 batang daun ketumbar gula , garam dan ajinamoto
Peraturannya:
Tumis cili, serai dan sos tiram. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau hingga rata. Masukkan daging dan biar hingga ia empuk, masukkan pula sotong udang dan sos ikan. Biar sehingga masak, masukkan pula bawang, gula dan garam secukup rasa. Biar seketika, masukkan daun limau, daun ketumbar dan air limau nipis. Siap untuk dihidang.
Tom Yam Goong
Bahan-bahan Kari/Curry Paste:
1/2 cawan serai dihiris
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
20 biji cili kering
1 sudu besar belacan
1 sudu kecil kulit limau purut
2 batang daun ketumbar dibasuh bersih
3 inci lengkuas dihirs halus
2 batang Daun sup dibasuh bersih
Peraturannya:
Mesin semua bahan-bahan dan tumis hingga masak, kemudian masukkangaram secukup rasa. Biar sehingga agak garing. Paste ini bolehdihidangkan di dalam Tom Yam, kari hijau dan otak-otak.
Bahan-bahan Tom Yam:
2 sudu besar paste tomyam(ready made boleh digunakan)
4 ketul dada ayam
6 sdud sos ikan
5 sudu besar air limau nipis
6 helai daun limau purut
9 biji cili api
11 ekor udang harimau
1 inci Lengkuas
3 batang serai
4 tangkai daun ketumbar
gula dan garam dan ajinamoto.
Peraturannya:
Rebus dada ayam dengan 10 cawan air selama 1.2 jam. Kemudianmasukkan serai dan lengkuas. Biar sehingga 1/2 jam atau sehinggaia mendidih. masukkan pula udang, sos tomyam, ajjinamoto, sos ikan dan cili api. Kacau dan biar sehingga 10 minit. Kemudian masukkan daunlimau purut dan daun ketumbar. Biar beberapa miniut, kemudian padam api dapur dan masukkan air limau nipis. Kacau hingga rata dan boleh dihidangkan.
Mee Hailam
Bahan-bahan
200 gram Mee
2 biji bawang putih ditumbuk
50 gram Isi ayam
50 gram Udang
50 gram Sotong
Kicap pekat, sos tiram
Kobis, lobak merah, tomato dan bunga kobis
Air
Minyak utk menumis
Peraturannya:
Goreng mee dengan kicap pekat, kemudian letakkan dalam mangkuk.Tumis bawang puith yg ditumbuk, kemudian masukkan sos tiram, kicap,isi ayam, sotong, udang dan air. kacau hingga rata, kemudian masukkangaram dan gula secukup rasa. Biar sehingga ayam masak. Masukkan pula sayur-sayuran dan cili api untuk yg mengemari pedas. Setelah kuah masak, tuangkan ke atas meeyg telah digoreng dengankicap. Tambahkan 1 sudu tepung jagung untuk kuah yg pekat.
Mee Ladna
Bahan-bahan
200 Gram Mee besar
50 gram Isi ayam
50 gram Udang
50 gram sotong
2 biji Bawang putih
5 biji Cili api
beberapa potong Bunga kobis, kailan dan putik jagung
Gula, garam, sos tiram, tepung jagung
Peraturannya:
Tumbuk cili api dan bawang putih hingga lumat, kemudian tumiskankedua-dua bahan yg telah ditumbuk ini dan masukkan sos tiram,isi ayam, sotong, udang dan air secukupnya. Biar sehingga isi ayammenjadi empuk, massukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudianmasukkan mee dan kacau hingga rata. Masukkan pula bancuhantepung jagung dengan air supaya kuahnya lebih pekat. Bolehdihidang.
Nasi Pattaya
Bahan-bahan
2 cawan nasi putih
3 sudu isi ayam di potong kecil
4 ekor udang
1 ekor sotong
2 biji bawang putih
5 biji cili api
50 gram kacang pes
3 biji telur
sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
minyak untuk menumis
Peraturannya:
Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, kemnudian tumis kedua-duabahn ini hinggan bau harum. Masukkan pula sotong dan isi ayamdan biar sehingga masak. Kemudian masukkan kacang pes, nasi, gula dan garam secukupnya. gaul hingga rata sehingga nasi masak.Dengan menggunakan kuali berasingan, goreng telur yg telah dipukulTelur dibentuk menjadi bulat dan lebar untuk digoreng. Biar sehinggatelur masak dan padam api dapur. Ambil nasi yg telah digoreng.tuangkan ditengah-tengah telur kemudian bungkus nasi dengan melipattelur menjadi empat segi dan menutupi nasi. Letakkan di atas pinggan,hidangkan bersama sos cili dan beberapa potong timun di atasnya.
|
|
|
View complete fotopage
|